E T I K A P E R A T U R A N

Draf etika peraturan di bawah dirangka pada 01 Muharram 1431 bersamaan 19hb.April 2010 oleh jawatankuasa pengurusan TASKA bagi tujuan mengemaskinikan dan membentuk institusi bersepadu TASKA yang berkualiti dan cemerlang dunia dan akhirat.

Draf Etika Peraturan ini akan dikemaskinikan dari semasa ke semasa berdasarkan kesesuaian dan kepentingan TASKA, ia mengandungi 5 fasal umum dan beberapa ceraian bagi setiap fasal. Draf Etika Peraturan TASKA seperti berikut:

[ 1 ] Memastikan sentiasa mematuhi Syariat Islam yang diwajibkan.
( 1.1 ) Menjaga rukun Islam yang 5 di antaranya kewajiban solat 5 waktu.
( 1.2 ) Berpakaian menutup aurat sebagai seorang Islam.
( 1.3 ) Berada dalam suasana ‘Amal Ma’ruf Nahi Mungkar’.


[ 2 ] Dedikasi dan efisen dalam melaksanakan tanggungjawab dan tugas.
( 2.1 ) Bertugas dengan mengharapkan keredhaan Allah.
( 2.2 ) Bersikap amanah dan jujur dalam menjalankan tugas.
( 2.3 ) Menepati waktu kerja (Punctual) sepertimana yang digariskan.
( 2.4 ) Berakhlak mulia dan beradab sopan.


[ 3 ] Menjaga imej dan nama baik TASKA.
( 3.1 ) Sentiasa berusaha dan kreatif untuk memajukan dan memakmurkan TASKA.
( 3.2 ) Memastikan imej baik TASKA dan pihak pengurusan TASKA pada pandangan
          pelangan dan masyarakat.
( 3.3 ) Berkomunikasi yang baik dan ‘MESRA’ terhadap pihak pengurusan,para guru, anak-          anak asuhan dan para pelangan TASKA.
( 3.4 ) Memberi kerjasama yang baik (Teamwork) dalam mengusahakan TASKA
          kearah kecemerlangan.
( 3.5 ) Memastikan setiap masa kebersihan dan keceriaan TASKA.
( 3.6 ) Memastikan tidak menyalahi Etika Peraturan TASKA yang digariskan.

[ 4 ] Menjaga hak harta benda TASKA sentiasa berkeadaan baik.
( 4.1 ) Tidak melakukan amalan pembaziran yang boleh merugikan pihak TASKA
          seperti bekalan makanan, elektrik dan air.
( 4.2 ) Tidak menggunakan kemudahan fasiliti yang disediakan pihak TASKA untuk
          kepentingan peribadi.
( 4.3 ) Memastikan segala kemudahan fasiliti TASKA berada dalam keadaan baik dan
          berfungsi.

[ 5 ] Komitmen dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap anak-anak asuhan TASKA.
( 5.1 ) Bersikap ‘MESRA’ dan ‘penyayang’ terhadap anak-anak asuhan.
( 5.2 ) Memastikan pendidikan anak-anak asuhan berdasarkan silibus yang telah ditetapkan
          oleh pihak TASKA.
( 5.3 ) Mempamerkan keperibadian yang baik untuk dicontohi oleh anak-anak asuhan.
( 5.4 ) Berusaha memastikan keberkesanan pendidikan terhadap anak-anak asuhan mencapai
          ke tahap yang lebih baik dari semasa ke semasa.


Draf berikut dikuatkuasakan kepada semua anggota TASKA dan diharapkan semua pihak dapat memberi kerjasama dalam mematuhinya, segala kerjasama dan komitmen yang diberikan diucapkan terimakasih ‘jazakalLahu Khairan Khasyiira’.

- Copyright © 2013 Taska Love Iman - Gumi - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -